Assalamualaikum

Sunday, December 9, 2012

Berkunjung ke Pusat Raudhatus Sakinah

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Hari Sabtu dan Ahad(hari ini) , saya diberi peluang untuk ke pusat Raudhatus Sakinah di Pulau Pinang bagi program MANIS ( Mahasiswa Nadi Sepanjang Zaman II) bersama-sama bertemu dengan adik-adik kat sana...

Ya Allah...Ya Allah...syukur rasanya untuk pergi ke sana...Bagi yg tidak tahu, pusat raudhatus sakinah ialah tempat bagi saudara-saudara kita yang ingin pulang ke pangkal jalan menemui Allah SWT :)...

Sayu dan sedih mendengar luahan dan rintihan2 dari adik-adik di sana...:(

Ya Allah...betapa berat ujian yg Allah beri pd mereka... kalau saya yg diuji sedemikian rupa,x tahulah saya boleh hadapinya atau x...

Apabila diberitahu bahawa penghuni di sana kebanyakannya yang sudah terlanjur, agak gementar sebenarnya ingin berjumpa mereka kerana bimbang bagaimana penerimaan mereka terhadap kami...

Bila berta'aruf, baru saya kenal.. :) Saya sangat sayangkan mereka...bila berkenalan...ade yg nak dekat sebaya dengan adik saya...saya peluk dia erat, cium dia..."Adik, kalau dah keluar nanti, kuat yer! Kalau belajar, belajar betul2! '' saya cakap... :'(

Kami kena masak kat sana, tapi satu hari tue, dia dah masak sarapan untuk kami...salah seorangnya kata kat saya, ''kami tahu akak2 nak masak cucur untuk kami, jadi kami pun ingat nak masak untuk akak (bihun)...kami pun buat sour durian...memang nak bagi akak rasa...''  .  Saya terdiam, Ya Allah betapa....betapa...betapa...mereka sudah menghadapi satu dugaan yg sangat besar dr Allah, tp masih menerima kami dalam hati mereka...

Mereka tidak lokek berkongsi pengalaman masing2...ade di antara mereka, susah untuk diterima keluarga, tidak rapat lagi rapat dengan ibu bapa...tapi sebenarnya Allah masih sayang mereka...ibu bapa mereka sayang mereka...Allah...

Kalaulah perasaan ini boleh dirasai dan diberi pada org lain untuk dirasai juga,,, sudah lama kiranya saya bagi pada sahabat2...

Walaupun dalam masa yg singkat, kami punya ukhuwah yg cukup erat.... :) Alhamdulillah...

Salah satu pesanan yang saya dapat dr salah seorang adik nie...untuk remaja kat luar sana...

" Kalau kita nak buat sesuatu, fikirkanlah baik dan buruknya"

Kejutan datang lagi...bila diorang request nak buat persembahan...lakonan...

Kami menanti...dengan debar...apa yang diorang nak persembahkan...mereka berlakon mengenai anak derhaka...

Ya Allah...hebatnya mereka berlakon...tapi kami sedar yang setiap lakonan yang mereka persembahkan ialah merupakan drpd pengalaman mereka sendiri...bagaimana mereka dah lukakan hati mak, lawan cakap mak, sampai mak jatuh sakit...
lakonan nie...mereka dah berlatih awal lagi,,hr jumaat sebelumnya...betapa kami dapat merasakan persaan dihargai dan menghargai orang lain...

menangis kami..tak henti2...mengingatkan kesukaran mereka dan memikirkan ''Ya Allah, macam ni rupanya yg mereka pernah hadapi satu ketika dahulu....''

Kami tahu mereka kuat sebenarnya, Allah yang bagi kekuatan tue...pada masa yang sama bagi kami juga kekuatan sebagai seorang hamba...mereka qiam tiap2 hari, urus diri sendiri...masak sendiri...tapi masih....mereka perlukan sokongan kita...sahabat seagama mereka....siapa?...kitalah...orang Islam...

Di atas papan rehal, ade gambar orang kesayangan mereka yang mereka lekatkan...setiap kali mengaji...mereka akan tgok gambar2 nie...rindu...rindu...sangat2...

Dan bila kami nak balik...mereka melambai-lambai dari tingkap...''Jaga diri!'', uhibbuki fillah~aminn

Nasihat kakdhiya pada adik2...teruskan hidup ini dengan kuat, tanpa putus asa...Sesungguhnya Allah bersama kamu....adik2 akak yg sangat akak sayangi...