Assalamualaikum

Sunday, October 6, 2013

Belajar memaafkan orang lain :)

Assalamulaikum semua...
Sangat gembira kerana dapat berusrah dengan semua sahabat farmasi malam ini. Seorang sahabat bercerita pasal akhlak Rasulullah SAW dan termasuk pulak bab memaafkan orang lain. Ada seorang sahabat yang lain pula berkongsi cerita mengenai seorang hamba Allah yang tidak memaafkan dia walaupun dah 3 tahun.

Tetapi dia kata dia akan cuba minta maaf balik. And guess what ? lepas usrah tu dia cuba minta maaf balik kt org tu...n alhamdulillah orang tu maafkan. Alhamdulillah, gembira utk dia..:)

Jadi, rasa nak minta maaf kat semua orang dan memaafkan semua orang. Mungkin bukan mudah memaafkan kerana sakit masih berbekas tetapi insyaAllah jika kita memaafkan orang lain, Allah kurniakan istana buat kita di syurga kelak :) .Jadi nak jadi pendendam ke atau nak dapat istana kat syurga nanti ?

Ada juga seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga atas sebab beliau suka memaafkan orang lain sebelum waktu tidur. Subhanallah! Hebat, kan? Perkara itu kita mungkin ingat simple but somehow ianya sangat menenagkan jiwa setelah kita maafkan org lain, bukan?

Jadi, belajarlah memaafkan orang lain ! :)