Assalamualaikum

About Me! :)

Assalamualaikum w.b.t.

Salam perkenalan bagi yang membaca....:)

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog saya...

Nama penuh saya Dhiya Amalina Binti Azman.Nama ini diberi oleh ibu bapa yang dikasihi yang bermaksud sinaran keharuman...Saya lahir pada 8.7.1992....Moga dengan nama diberi,saya dapat menyinari hidup orang lain di samping menyinari hidup saya sendiri...Moga Allah sentiasa di sisi membantu...Amin....

Saya mempunyai seorang kembar yang sangat suka buat lawak....Alhamdulillah kerana mempunyai seorang kakak yang membesar sama dengan saya di dalam rahim ibu.....

Papa saya bekerja sebagai pengurus stesen keretapi....papa lah orang yang mengaturkan  dan menjual tiket untuk penumpang....Beliau seorang yang pendiam tetapi tegas tidak kira lah dalam hal keluarga kami mahupun ketika bekerja....Tetapi papa senang mempunyai kawan kerana sikapnya yang sangat baik...Alhamdulillah....

Ummie pula hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa....Beliau lah orang menguruskan hidup kami selama nie dr segi pakaian.,minuman dan minuman....Ummie sangat sempurna bagi saya sebab beliau pandai memasak,menjahit,berkebun,mengajar kami mengaji (bersama ngan papa)....

Terima ksih Ya Allah kerana mengurniakan aku ibubapa yang sangat menyayangi aku dan kami adik beradik...Alhamdulillah....

Eh,lupe...saya dan kembar saya merupakan yang sulung dari 5 adik beradik....

Saya mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Sungai Siput (u),Perak....Selepas tue...di SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sungai siput (u)....selama 3 tahun..dr Form 1 hingga Form 3.Kemudian meneruskan pengajian saya di MRSM Kepala Batas,Pulau Pinang....Selepas itu saya mendapat pendidikan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam aliran sains....Selepas menempuhi beberapa tempoh pengajaran yang lama...Alhamdulillah saya diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang....

Impian saya tercapai bila saya ditawarkan course yang saya impikan iaitu farmasi...Moga2 saya boleh menjadi seorang ahli pharmacist dan mukmin yang berjaya suatu hari nanti....insyaAllah...amin...

Inilah serba sedikit mengenai hidup saya.....Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT.....

Prinsip saya : Berjayalah seiring dengan keredhaan Allah SWT....!