Assalamualaikum

Friday, November 15, 2013

Our Purpose Of Life


Bismillah....

try watching this video...awesome,subhanallah :)

zero+ zero + zero cannot possibly ever give you one! Where are all of this come from ? Allah is the Creator! Allahuakbar !




Sunday, October 6, 2013

Belajar memaafkan orang lain :)

Assalamulaikum semua...
Sangat gembira kerana dapat berusrah dengan semua sahabat farmasi malam ini. Seorang sahabat bercerita pasal akhlak Rasulullah SAW dan termasuk pulak bab memaafkan orang lain. Ada seorang sahabat yang lain pula berkongsi cerita mengenai seorang hamba Allah yang tidak memaafkan dia walaupun dah 3 tahun.

Tetapi dia kata dia akan cuba minta maaf balik. And guess what ? lepas usrah tu dia cuba minta maaf balik kt org tu...n alhamdulillah orang tu maafkan. Alhamdulillah, gembira utk dia..:)

Jadi, rasa nak minta maaf kat semua orang dan memaafkan semua orang. Mungkin bukan mudah memaafkan kerana sakit masih berbekas tetapi insyaAllah jika kita memaafkan orang lain, Allah kurniakan istana buat kita di syurga kelak :) .Jadi nak jadi pendendam ke atau nak dapat istana kat syurga nanti ?

Ada juga seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga atas sebab beliau suka memaafkan orang lain sebelum waktu tidur. Subhanallah! Hebat, kan? Perkara itu kita mungkin ingat simple but somehow ianya sangat menenagkan jiwa setelah kita maafkan org lain, bukan?

Jadi, belajarlah memaafkan orang lain ! :)

Thursday, April 25, 2013

Kunci Hati ketat-Ketat

Sekeping hati dibawa berlari...
Jauh melalui jalanan sepi...
Jalan kebenaran luas terbentang, di depan matamu para pejuang....

Rasai hati kita. Adakah dia hanya sekeping hati ataupun jiwa yang sentiasa berat dengan keimanan?

dah rasa?

Di dalam hati, sesuatu perkataan diucap, dari situ keputusan dilakukan...diiringi dengan akal yang Allah beri.
Dari sehari ke sehari, adakah semakin putih mulus ataupun hitam atau kelabu dek titik dosa yang kita buat?

Sering kalah. Para remaja yang sedang meningkat usia di luar sana. Kejahatan yang selalu mahu keluar dari hati kita dan bercakaran untuk mengalahkan keimanan yang hanya setipis kulit bawang...

Seseorang yang baik mungkin saja pernah rasa untuk melakukan kejahatan...dan seseorang yang pernah berbuat jahat mungkin sahaja rasa hendak melakukan kebaikan...

Persoalannya, yang manakah yang menang? Kesabaran yang menebal atau keinginan nafsu yang bercakaran untuk keluar?  Yang mana kuat melawan dan bermujahdah serta menutup ketat hatinya...seketat-ketatnya...agar tidak terkeluar kejahatan yang mungkin menguasai diri,

dia menang.

Manakala yang tidak berjaya, sayangnya nafsunya menang dan menguasai diri. Hati kita sangat unik. Jika dibelah...hanya dilihat sebagai organ manusia, tapi seketul daging  inilah yang dapat menentukan baik buruknya jasad seseorang itu.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati. 

(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


Firman Allah SWT :

''Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut, mereka menjadi orang-ornag yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna ) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dada"

(al-Hajj: 46)

Untuk sentiasa beribadah dan mengingati Allah SWT mungkin bagi seseorang itu tiadaklah mudah. Tetapi kita haruslah mencuba, bukan ? Bagi seorang mahasiswa khususnya, jika sudah masuk waktu solat...adakah masih membaca nota-nota kuliah atau cepat2 ambil wuduk?

Ayuh! menjadi kuat. Lawan!  Lawan ! Lawan ! nafsu dalam diri. InsyaAllah ada manisnya...mendahulukan Pencipta kita dari urusan duniawi. Wallahua'alam.

Selingan : Just a day ago, attending night class and heard a well said qoute from a very wise lecturer.

" If you want to be treated kindly, treat others kindly"
" No matter what bad deeds you do, it comes back to you"

makes sense,huh? Till then, Assalamualaikum... :)

Saturday, March 30, 2013

Be the best 'fardu Muslim', you can build a great ' Baitul Muslim'.


Assalamualaikum sahabat2 yang saya kasihi sekalian x kira muslimin atau muslimat...(but especially for muslimat :) )
Hari ini saya teringin berkongsi sedikit input yang saya peroleh dr ceramah yg disampaikan oleh

 Ustazah Fatimah Syarha
Cinta High Class


Bismillahirrahmanirrahim....

Kata Ustazah, sekarang banyak kes sperti isteri diseterika mukanya oleh suami, suami dibelasah isteri , kes membuang anak dr bangunan tinggi dan mcm2 lagi...justeru, kita sebagai insan yang mungkin atau bakal mendirikan baitul muslim harus berusaha untuk tidak mengulangi kejadian2 ini...

1.) Salahkah nak berkenalan dengan si dia?
Islam tidak melarang kita kenal si dia sebelum nikah, Islam cuma bagi peraturan kepada kita supaya kita selamat sampai kepada pernikahan dalam keadaan kita tak bermaksiat.

Sebab itu, Allah berpesan kepada kita utk jangan menghampiri zina, sebab bila kita menghampiri kita jadi tidak berdaya, rasa tidak tahan untuk membuat maksiat. Nauzubillah...

Ustazah juga ada berkata, 
tidak mustahil apabila kita sudah bernikah, akan timbul azab curiga kepada pasangan jika kita pernah bercouple sebelum ini. Ini terjadi bila Allah dah tarik nikmat kepercayaan kita kepada pasangan. Mungkin sewaktu berpasangan, pasangan kita boleh menghantar mesej kpd kita, dan tidak mustahil utk menghntr mesej kpd org lain setelah berkahwin...

Jika input tentang cinta yang kita terima itu drpd sumber2 drpd Pencipta cinta, maka proses yang kita lalui pun akan jadi sesuai dengan input yang kita dapat...

Adakah yang mengajar kita prinsip cinta..ialah Lee Min Ho ? Gu Jun Pyo ? atau watak2 lain dalam cerita korea ? :)

Adakah kita ingin bercinta kerana mereka juga bercinta dalam drama?

 Muhasabah diri...

Tetapi Allah tidak rela membiarkan hidup kita terus dalam kerosakan yang begitu, Allah sentiasa memberi kita peluang demi peluang supaya kita terdetik dalam hati kita untuk berubah kepada arah yang lebih baik...

Firman Allah SWT :
 "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadilah : 11 )


Apabila kita beriman, kita mencari Allah dalam hidup, kita bergantung pada Allah dan kita cuba tingkatkan diri kita dengan ilmu...Inilah peluang2 kita untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah SWT.

Kita tahu dan hati kita memang nakkan hidayah Allah, Allah akan pilih hati sebegini dan insyaAllah kita akan menjadi orang baik-baik.

Adalah normal untuk menyukai orang lain, Islam tidak menghukum dengan hukum yang haram. Bahkan jika ada persatuan yang melibatkan perjumpaan anatara berlainan jantina, hal tersebut masih dalam batasan ma'ruf.

Firman Allah SWT :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah At-Taubah, ayat 71)

Buat sesetengah muslimah, mungkin ada muslimin yang pernah menghantar mesej yang islamik dan sebagainya...kadang2 muslimah itu mungkin berasa risau...

" Kalau aku balas mesej ni, fikiran aku kacau."

Sepatutnya fikiran kita harus memikirkan bagaimana nak meningkatkan ilmu dan bukannya risau ttg bagaimana hendak membalas mesej si dia, nak hantar hadiah apa, dan lain2...jika muslimah2 sekalian berfikir begitu...maka eloklah kita menjwb begini :

''Awak, jangan ngorat. Kalau mahu, dapatkan secara terhormat. Saya ada wali. Saya mawar berduri...." hehe
Ustazah kata dengan menjwab begini boleh menunjukkan ketegasan...(^o^)

                                 

Kata ustazah lagi...bagi muslimin, jika ingin berkawan dengan serius, mestilah mempunyai matlamat yang cerah; untuk bernikah. Bukan untuk test-test atau saja2...

Jika kita berpasangan, biasanya yang kita kenal bukanlah dia, tapi lakonannya.

Dan janganlah merasa sedih jika pernah ditolak janganlah melabel diri kita 'x baik'...kerana Rasulullah SAW juga pernak ditolak pinangannya...Abu Bakar pernah rasa...Umar Al-Khattab pernah rasa...

Letakkanlah Allah sebagai segala-galaNya! Ingatlah Allah dalam apa sahaj yang kita buat.

p/s : Setelah mendengar semula recording ceramah ini, ini sahaja yg saya dapat point out.Moga2 berguna :) InsyaAllah...Kalau pening2 sangat fikir pasal cinta, belajarlah dulu, berbaktilah dulu kepada ibu bapa kita dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik :)

Wallahua'lam...do share your opinions also :) correct me if i'm wrong...