Assalamualaikum

Saturday, May 28, 2011

Zina???

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang
ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.


Thumbs up!














JAWAPAN KEPADA MANUSIA YANG ANGKUH

Seorang pemuda yang angkuh telah bertanya kepada seorang yang alim tentang wujudnya Tuhan.
Pemuda: Anda siapa dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Seorang alim: Saya hambaNya dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya
Orang alim:Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan..pertama,kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya.Kedua ,apakah yang dinamakan takdir, dan yang ketiga kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api?Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana meraka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba orang alim itu menampar pipi pemuda itu.
Pemuda:(sambil menahan sakit) Kenapa anda marah pada saya?
Orang alim:Saya tidak marah pada anda.Tamparan saya adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan anda.
Pemuda:Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Orang alim:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Tentu saja saya merasakan sakit.
Orang alim:Jadi awak percaya sakit itu ada?
Pemuda:Ya!
Orang alim:Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu?
Pemuda:Saya tidak boleh.
Orang alim: Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujud-Nya.
Orang alim:Apakah tadi malam anda bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Orang alim:Adakah anda pernah terfikir akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Orang alim:Itulah yang dinamakan takdir.
Orang alim:Terbuat daripada apakah tangan saya?
Pemuda:Kulit.
Orang alim:Terbuat daripada apakah pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Orang alim: Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Sakit.
Orang alim:Walaupun syaitan dijadikan daripada api neraka dan neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan buat syaitan.

Monday, May 16, 2011

.:Berserah:.

Assalamualaikum.....


         Saya saja nak bercakap mengenai  berserah atau erti kata lain tawakal....Sebab saya tengah risau pasal satu benda nie....keputusan temuduga Usm.Ya Allah macam manela ek?Ya Allah risaunya..Ha...macam nila kita kalau ditimpa kesusahan...sentiasa nakkan pertolongan Allah.Sesungguhnya kita manusia yang lemah....tak dapat dinafikan lagi.

      Moga-moga Allah menjadikan saya dan anda yang membaca sebagai seorang yang bersyukur dan tidak sombong...Setiap hari rasa runsing..makan pun kadang-kadang tak lalu...kadang-kadang tiba2 tak de mood...hmmm...tak elokkan?....so bersabarlah..

     Kita kena yakin pada Allah..insyaAllah...Dia akn tolong..kalau tak dapat..harap Allah kurniakan saya kekuatan dan kesabaran yang tinggi...Amin Ya Rabbal'alamin....

Monday, May 9, 2011

Assalamualaikum....saya tergerak hati untuk bercerita sedikit tentang industri hiburan di negara.........

     Alhamdulillah.....saya lihat ramai sudah artis2 kite yang sudah mula berubah ke arah kebaikan.........ingin saya ambil contoh di sini....asyraf muslim....alhamdulillah dirinya sudah mula dilihat oleh rakyat Malaysia yang berubah ke arah kebaikan. Walaupun kita tak tahu sama ada beliau sudah berubah sepenuhnya atau tidak..........tetapi alhamdulillah masih ada artis2 di Malaysia yang berusaha mengubah diri mereka.Yang mana yang baik kita ambil...yang mana buruk kita buang jauh-jauh......


     Kita insan sesama muslim,kita doakanlah mereka agar mereka senantiasa mendapat perlindungan dan hidayah daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga dengar Irma Hasmie sudah mula bertudung.Alhamdullillah..senang hati kita melihatnya,bukan?


  Mungkin disebabkan perubahan mereka ini,mereka diuji olah Allah SWT dengan bermacam2 ujian dan dugaan...siapa tahu? Justeru,doakn lah mereka agar dikuatkan hati dan iman untuk terus berubah demi Allah.......insyaAllah.....(^-^)

  Firman Allah yang bermaksud.....
 
                ".......Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri..........."(Surah Ar - Ra'd : Ayat 11)


Azizah Ariffin,seorang personaliti tv juga tidak terkecuali untuk mengubah cara penampilannya dengan bertudung.Sepatutnya artis-artis lain memerhatikan perubahan mereka ini dan mengambil iktibar...........

            Bukan senang untuk berubah.hanya segolongan hamba Allah yang dikurniakan kekuatan dan cahaya petunjukNya sahaja yang berdaya untuk berubah....Saya tidak mengatakan artis2 wanita  kita tidak berubah ke arah kebaikan dengan tidak mengubah cara penampilan mereka (menutup aurat)....tetapi kita tahu jika kita ingin menunjukkan kita adalah seorang muslim.......bukankah penampilan akan dinilai dahulu? (bertudung)

   Fikir-fikirkanlah..........

  Ingin saya sentuh juga mengenai Mike Tyson............siapa kah beliau? Beliau juga merupakan salah seorang saudara kita yang telah memeluk Islam......Daripada  seorang peninju kepada hamba Allah yang lemah......Alhamdulillah.....Sedikit cerita mengenai beliau...


"
Mike Tyson
Kita sedia maklum bahawa mantan juara tinju Mike Tyson telah memeluk Islam sewaktu dipenjara 1990-an. Namun, berita keislamannya masih menjadi tanda tanya sama ada dia benar-benar telah memeluk Islam atau sekadar berita sensasi semata-mata. Keraguan seperti ini juga terjadi dengan berita keislaman Michael Jackson.
Apabila membaca ArabNews.com (Jul 4, 2010 23:32) yang memaparkan foto Tyson sewaktu menziarahi Madinah, barulah kita yakin dia telah memeluk Islam.
Tyson tiba di Madinah pada Jumaat dan mengerjakan solat di Masjid Nabawi.
SaudiGazette.com.sa (5/7/10) pula melaporkan, Mike Tyson bersembahyang di masjid Quba’ dan Qiblatain pada hari Ahad. Kedua-dua masjid bersejarah ini merupakan tempat ziarah lazim bagi umat Islam yang mengunjungi Madinah.
Dia juga mengunjungi Universiti Islam Madinah dan bertemu dengan presdidennya, Dr Muhammad al-Oqla, dan rakyat Amerika Syarikat yang belajar di universiti tersebut.
Mike Tyson Solat
Tyson pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah diuruskan oleh Persatuan Dakwah Kanada (CDA). Shazad Mohammed, presiden CDA, hadir di Prince Muhammad International Airport di Madinah menyambut kedatangannya.
Shazad Mohammed, seorang duta perdamaian PBB, memberitahu Tyson berada di Arab Saudi selama seminggu. Setelah mengunjungi Madinah, Tyson kemudian berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Setelah itu beliau ke Jeddah, Abha and Riyadh.
Selain mengunjungi dua tanah haram dan tempat-tempat bersejarah, beliau juga menemui masyarakat Saudi bagi mengetahui budaya dan tradisi mereka.
Kemana saja dia pergi, orang ramai sentiasa mengerumuninya, termasuk di hotel penginapannya. Ada yang sanggup menunggu berjam-jam semata-mata mahu melihat dan mengambil gambarnya.
Oleh kerana ramai orang mengerumuninya di hotel, dia menyamar dengan memakai penutup kepala (shimagh) salah seorang pengiringnya, dan bergegas keluar untuk solat zuhur di Masjid Nabawi. Namun, para peminat masih mengenali dan mengikutinya.
“Saya gembira kerana saya memiliki fans yang mencintai saya di sini, tapi saya berharap mereka memberi ruang kepada saya bersendirian agar saya dapat menikmati suasana kerohanian di Tanah Suci,” katanya.
Mike Tyson kelihatan menangis ketika berada di Raudah. Raudah menurut hadis Nabi SAW: “Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga ….”
“Saya tidak dapat menahan airmata ketika menyedari bahawa saya benar-benar telah berada di salah satu taman syurga,” kata Tyson merujuk pada Raudah di Masjid Nabawi.
mike tyson, umrah
“Tyson begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW,” cerita Shahzad. “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil melambaikan tangannya.”
“Dia terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” tambah Shahzad.
Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
Ketika berada di Kazakhstan minggu sebelumnya, mengakui dia amat takut kepada Allah.
“Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar."




Allahuakbar!

Firman Allah yang bermaksud....

  "Merekalah yang mendapat pentujuk dari Tuhannya,dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"(Surah Al-Baqarah :Ayat 5)

Bersama-samalah kita berubah ke  arah kebaikan....(^_^) Allah sentiasa bersama dengan hambaNya......yang inginkan kebaikan.