Assalamualaikum
Saturday, May 28, 2011
Thumbs up!
JAWAPAN KEPADA MANUSIA YANG ANGKUH
Seorang pemuda yang angkuh telah bertanya kepada seorang yang alim tentang wujudnya Tuhan.
Pemuda: Anda siapa dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Seorang alim: Saya hambaNya dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya
Orang alim:Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan..pertama,kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya.Kedua ,apakah yang dinamakan takdir, dan yang ketiga kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api?Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana meraka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba orang alim itu menampar pipi pemuda itu.
Pemuda:(sambil menahan sakit) Kenapa anda marah pada saya?
Orang alim:Saya tidak marah pada anda.Tamparan saya adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan anda.
Pemuda:Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Orang alim:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Tentu saja saya merasakan sakit.
Orang alim:Jadi awak percaya sakit itu ada?
Pemuda:Ya!
Orang alim:Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu?
Pemuda:Saya tidak boleh.
Orang alim: Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujud-Nya.
Orang alim:Apakah tadi malam anda bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Orang alim:Adakah anda pernah terfikir akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Orang alim:Itulah yang dinamakan takdir.
Orang alim:Terbuat daripada apakah tangan saya?
Pemuda:Kulit.
Orang alim:Terbuat daripada apakah pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Orang alim: Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Sakit.
Orang alim:Walaupun syaitan dijadikan daripada api neraka dan neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan buat syaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment