Alhamdulillah.....saya lihat ramai sudah artis2 kite yang sudah mula berubah ke arah kebaikan.........ingin saya ambil contoh di sini....asyraf muslim....alhamdulillah dirinya sudah mula dilihat oleh rakyat Malaysia yang berubah ke arah kebaikan. Walaupun kita tak tahu sama ada beliau sudah berubah sepenuhnya atau tidak..........tetapi alhamdulillah masih ada artis2 di Malaysia yang berusaha mengubah diri mereka.Yang mana yang baik kita ambil...yang mana buruk kita buang jauh-jauh......
Kita insan sesama muslim,kita doakanlah mereka agar mereka senantiasa mendapat perlindungan dan hidayah daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga dengar Irma Hasmie sudah mula bertudung.Alhamdullillah..senang hati kita melihatnya,bukan?
Mungkin disebabkan perubahan mereka ini,mereka diuji olah Allah SWT dengan bermacam2 ujian dan dugaan...siapa tahu? Justeru,doakn lah mereka agar dikuatkan hati dan iman untuk terus berubah demi Allah.......insyaAllah.....(^-^)
Firman Allah yang bermaksud.....
".......Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri..........."(Surah Ar - Ra'd : Ayat 11)
Azizah Ariffin,seorang personaliti tv juga tidak terkecuali untuk mengubah cara penampilannya dengan bertudung.Sepatutnya artis-artis lain memerhatikan perubahan mereka ini dan mengambil iktibar...........
Bukan senang untuk berubah.hanya segolongan hamba Allah yang dikurniakan kekuatan dan cahaya petunjukNya sahaja yang berdaya untuk berubah....Saya tidak mengatakan artis2 wanita kita tidak berubah ke arah kebaikan dengan tidak mengubah cara penampilan mereka (menutup aurat)....tetapi kita tahu jika kita ingin menunjukkan kita adalah seorang muslim.......bukankah penampilan akan dinilai dahulu? (bertudung)
Fikir-fikirkanlah..........
Ingin saya sentuh juga mengenai Mike Tyson............siapa kah beliau? Beliau juga merupakan salah seorang saudara kita yang telah memeluk Islam......Daripada seorang peninju kepada hamba Allah yang lemah......Alhamdulillah.....Sedikit cerita mengenai beliau...
"
Kita sedia maklum bahawa mantan juara tinju Mike Tyson telah memeluk Islam sewaktu dipenjara 1990-an. Namun, berita keislamannya masih menjadi tanda tanya sama ada dia benar-benar telah memeluk Islam atau sekadar berita sensasi semata-mata. Keraguan seperti ini juga terjadi dengan berita keislaman Michael Jackson.
Apabila membaca ArabNews.com (Jul 4, 2010 23:32) yang memaparkan foto Tyson sewaktu menziarahi Madinah, barulah kita yakin dia telah memeluk Islam.
Tyson tiba di Madinah pada Jumaat dan mengerjakan solat di Masjid Nabawi.
SaudiGazette.com.sa (5/7/10) pula melaporkan, Mike Tyson bersembahyang di masjid Quba’ dan Qiblatain pada hari Ahad. Kedua-dua masjid bersejarah ini merupakan tempat ziarah lazim bagi umat Islam yang mengunjungi Madinah.
Dia juga mengunjungi Universiti Islam Madinah dan bertemu dengan presdidennya, Dr Muhammad al-Oqla, dan rakyat Amerika Syarikat yang belajar di universiti tersebut.
Tyson pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah diuruskan oleh Persatuan Dakwah Kanada (CDA). Shazad Mohammed, presiden CDA, hadir di Prince Muhammad International Airport di Madinah menyambut kedatangannya.
Shazad Mohammed, seorang duta perdamaian PBB, memberitahu Tyson berada di Arab Saudi selama seminggu. Setelah mengunjungi Madinah, Tyson kemudian berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Setelah itu beliau ke Jeddah, Abha and Riyadh.
Selain mengunjungi dua tanah haram dan tempat-tempat bersejarah, beliau juga menemui masyarakat Saudi bagi mengetahui budaya dan tradisi mereka.
Kemana saja dia pergi, orang ramai sentiasa mengerumuninya, termasuk di hotel penginapannya. Ada yang sanggup menunggu berjam-jam semata-mata mahu melihat dan mengambil gambarnya.
Oleh kerana ramai orang mengerumuninya di hotel, dia menyamar dengan memakai penutup kepala (shimagh) salah seorang pengiringnya, dan bergegas keluar untuk solat zuhur di Masjid Nabawi. Namun, para peminat masih mengenali dan mengikutinya.
“Saya gembira kerana saya memiliki fans yang mencintai saya di sini, tapi saya berharap mereka memberi ruang kepada saya bersendirian agar saya dapat menikmati suasana kerohanian di Tanah Suci,” katanya.
Mike Tyson kelihatan menangis ketika berada di Raudah. Raudah menurut hadis Nabi SAW: “Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga ….”
“Saya tidak dapat menahan airmata ketika menyedari bahawa saya benar-benar telah berada di salah satu taman syurga,” kata Tyson merujuk pada Raudah di Masjid Nabawi.
“Tyson begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW,” cerita Shahzad. “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil melambaikan tangannya.”
“Dia terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” tambah Shahzad.
Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
Ketika berada di Kazakhstan minggu sebelumnya, mengakui dia amat takut kepada Allah.
“Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar."
Allahuakbar!
Firman Allah yang bermaksud....
"Merekalah yang mendapat pentujuk dari Tuhannya,dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"(Surah Al-Baqarah :Ayat 5)
Bersama-samalah kita berubah ke arah kebaikan....(^_^) Allah sentiasa bersama dengan hambaNya......yang inginkan kebaikan.
No comments:
Post a Comment