Assalamualaikum

Wednesday, September 21, 2011

Ikhlas Rahsia Para Kekasih Allah....=)

Assalamualaikum.....Alhamdulillah kerana masih ada masa terluang untuk update post kt blog....

Bismillahirrahmanirrahim....

Semenjak melangkahkan kaki ke alam menara gading,banyak betul dugaan yang mampir...masyaAllah mahu saja berteriak...tp bersabar ...hehe mujur masih ada sahabat yang banyak menasihati...alhamdulillah....

ok...hari ni nak cakap pasal IKHLAS.....

sebenarnya ambil drpd helaian2 kuliah zohor ....

Ikhlas Rahsia Para kekasih Allah....

Seorang sahabat dengan mimik serius mengajukan sebuah pertanyaan, "Ya kekasih Allah,bantulah aku mengetahui perihal kebodohanku ini. Kiranya engkau dapat menjelaskan kepadaku,apa yang dimaksudkan ikhlas itu?

Nabi SAW. kekasih Allah yang paling mulia bersabda, "Berkaitan dengan ikhlas,aku bertanya kepada Jibril apakh ikhlas itu? Lalu Jibril berkata," Aku bertanya kepada Tuhan yang Maha Suci tentang ikhlas,apakah ikhlas itu sebenarnya? "Allah SWT yang Maha Halus Pengetahuannya menjawab, "Ikhlas adalah suatu rahsia daripada rahsia-Ku yang Aku tempatkan di hati  hamba-hamba yang Ku cintai." (HR Al Qazwini)

Dari hadis  di atas nampaklah bahawa rahsia ikhlas itu diketahui oleh hamba-hamba Allah yang dicintaiNya. Untuk mengetahui rahsia ikhlas, kita tidak lain harus menggali hikmah dari kaum arif,salafus salih dan para ulama kekasih Allah. Antara lain Imam Qusyaery dalam kitabnya Risalatul Qusyairiyaah menyebutkan bahawa ikhlas itu bererti menjadikan Allah sebagai satu-satunya sembahan. Keikhlasan bererti menyucikan amal-amal perbuatan dari campur tangan sesama makhluk.

 Dikatakan juga keikhlasan bererti melindungi diri sendiri dari urusan individu manusia.

Ha....dah baca? bagus!

P/s : Sebesar-besar perbuatan baik yang dilaksanakan tetapi diiringi dengan bangga dijiwa, takkan mampu menandingi sekecil-kecil amalan ikhlas walaupun tidak dipandang manusia. Keikhlasan pengukur perbuatan kita walaupun tidak mampu ditafsirkan oleh mata, namun Allah SWT jualah  Yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya. Rendah diri berpada-pada  amalan mulia,bangga diri janganlah sesekali diamalkan kita~

No comments: