Bukan saya yer.... |
Di saat menaip entry ini, jam dah menunjukkan pukul 12.49 mlm...Alhamdulillah masih ada masa nak update entry di sini....
Sepanjang 3 minggu berada di universiti, byk dugaan yang datang....kepala mula berasa serabut....he2...
So, saat ini...saya nak berkongsi dengan rakan2 semua tentang nasihat Ibnu Quyyim...
sesuai untuk orang yang mengalami keadaan yang sama mcm saya (kononnya) ....org lain pun boleh baca jugak...=)
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadharNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesenantiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.....
p/s : fuh....diingatkan kepada diri saya juga....=)
No comments:
Post a Comment