DAKWAH MELALUI COUPLE,BOLEH KE?
Dicopy dari blog ustaz cinta...terima kasih
Assalamualaikum w.b.t ustaz
Saya ingin tahu sejauh mana persahabatan antara lelaki dan perempuan. Bolehkah seseorang lelaki atau perempuan itu saling berhubung untuk bertukar pendapat, nasihat dan sebagainya?. Saya juga menghadapi 1 situasi yang saya sendiri keliru boleh atau tidak di sisi agama untuk dilakukan.
Saya rasa terpanggil untuk mendengar masalah org lain dan memberi pendapat. Sy cuba guna nasihat-nasihat agama. Alhamdulllah ramai juga yg sebelumnya jauh dari hidayah Allah cuba kembali mencari cahaya agama. Namun, sy masih dalam keraguan melakukannya kerana kadang2 rasa bersalah kerana kerap berhubung dengan lelaki. Sy rasa sebagai seorang wanita tidak sepatutnya berkelakuan begitu.
Terima kasih.Wassalam....
RESPON USTAZ
Assalamualaikum wrt wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Saudari, terima kasih kerana sudi bertanya. Dengan izin Allah saya akan berkongsi jawapan yang sudah lama saya simpan. Soalan ini amatlah baik. Semoga ia turut memberi kebaikan bersama kepada pembaca lain. Saya menyeru kepada remaja akan menghayati tulisan ini. Kerana ia sangat sinonim dengan dunia mereka. Khususnya kepada golongan agamawan yang suka berenta dan enti.
HATI-HATI DENGAN TIPU DAYA SYAITAN
Firman Allah SWT “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak pengikutnya supaya menjadi penduduk neraka.” Surah Fathir : Ayat 6.
Memang terlalu ramai orang yang ingin membuat dakwah dan kebaikan, tetapi mereka tersilap CARA dan Tersilap JALAN. Bukan kerana mereka berhati jahat, tetapi kerana mereka dikelirukan oleh syaitan. Disebabkan kecetekan ilmu dan banyaknya campur tangan pihak luar.
Oleh itu, perkara asas yang perlu kita periksa dalam perhubungan ialah cara dan batasan syariat. Pastikan ia menepati syariat. Kerana kesilapan dalam percintaan akan menjadi racun paling ampuh untuk melemahkan semangat dakwah dan jihad.
HUKUM SMS BERLAINAN JANTINA
Setengah ulamak mutakhir mengatakan bahawa SMS boleh menjadi KHALWAT. Kerana mesej yang dihantar atau perbualan di dalamnya ibarat berbicara di dalam bilik sepi. Tiada orang yang tahu apa yang diperbualkan oleh teruna dan dara menerusi SMS. Maka, jika berbicara topik peribadi menerusi SMS maka ia boleh menjadi khalwat.
Disebabkan itu, islam amat membataskan perhubungan terutamanya dalam SMS atau chat box. Kerana terlalu mudah terjebak ke dalam perbualan peribadi. Dan membawa kepada zina hati. Oleh itu, islam amat melarang SMS yang tidak ada tujuan atau sekadar berbual. Kerana ianya membuka banyak fitnah kepada teruna dan dara.
Jadi, elakkan SMS kepada berlainan jantina. Kerana ia menimbulkan banyak tanda tanya dan pra sangka orang lain. Sekalipun yang kita SMS itu adalah nasihat dan pesanan agama. Bukan langsung tidak boleh...tetapi, seimbangkan antara nasihat dan keperluan. Jika nasihat itu dirasakan tidak begitu penting, maka tidak usahlah kita panjangkan.
DAKWAH TERBAIK
Apakah cara dakwah terbaik?
Dakwah yang terbaik apabila NIAT dan CARAnya betul.
Niat itu perlulah kerana ALLAH. Bukan untuk dikagumi atau dihormati. Bukan untuk disanjung atau supaya orang menggelarkan dirinya “Warak”. Tetapi semata2 kerana mahukan pahala, demi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.
Cara yang betul untuk berdakwah bagaimana?
Dakwah remaja lelaki untuk lelaki. Dakwah remaja wanita untuk wanita.
Bagi seorang REMAJA lelaki, fahami elok2. Ustaz sebut REMAJA lelaki. Biarlah remaja LELAKI BERDAKWAH SESAMA LELAKI terlebih dahulu. Bagi remaja wanita, sebagusnya dakwah remaja WANITA ITU SESAMA WANITA SAHAJA. Jika ada orang lelaki yang meminta pandangan dari wanita, sedangkan wanita itu bukan isterinya...maka beritahulah kepada lelaki itu "Adalah lebih baik saudara meminta pandangan dari ustaz yang lebih alim dan faqih. Kerana bertanya orang yang lebih senior dan alim itu adalah lebih baik. Malah jawapan dan ilmunya lebih kemas."
CARA TERBAIK UNTUK BERTANYA
Malangnya, ramai golongan remaja lelaki buat2 minta pandangan remaja wanita sedangkan dia tahu tahap keilmuan golongan REMAJA adalah biasa sahaja. Walaupun jawapannya itu kadang2 entah apa-apa. Begitu juga sebaliknya, masih ramai remaja wanita buat2 bertanya remaja lelaki. Mereka tetap juga mahu bertanya berlainan jantina, sebab rasa syok! Ini silap! Sepatutnya teruna dan dara yang kenal beberapa orang ustaz yang lebih alim, perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Inilah cara yang betul untuk mencari ilmu.
Jika cara ini tidak dipatuhi. Maka, jadilah perhubungan itu kononnya berdakwah atau mencari ilmu...tetapi ALLAH lebih tahu apa yang ada di dalam HATINYA. Kesimpulannya. Seorang lelaki dibenarkan untuk bertanyakan ustazah yang memang diakui keilmuannya. Maka ini adalah baik bahkan dituntut. Begitu juga perempuan, dia dibolehkan merujuk kepada orang lelaki alim yang diakui keilmuannya. Maka ini juga dituntut. Malangnya, ramai yang merujuk kepada orang yang entah apa-apa ilmunya. Maka, jawapan yang diterima juga entah apa-apa.
DAKWAH PERLU LUAS DAN UNIVERSAL
Ramai orang buat alasan couple sebab nak berdakwah. Sedangkan apabila ada orang buat dosa depan matapun dia tidak pernah tegur. Tiba-tiba ingin berdakwah dalam SMS dengan gadis pilihan sahaja. Bukankah ini ibarat orang munafiq? Nauzubillah.
Contohnya, seorang anak dara...kata nak berdakwah. Tapi, berdakwah kepada seorang dua sahaja lelaki. Asyik2 berdakwah dalam SMS. Asyik berdakwah kepada lelaki itu sahaja. Sedangkan kawan2 perempuan lain dia tidak pernah SMS pun, tidak pernah bagi nasihat langsung. Malah, jika kawan perempuan sebilik buat dosa depan mata pun dia tidak kisah. Sebab dia fikir, berdakwah itu hanya kepada lelaki itu sahaja. INILAH KESILAPAN BESAR. INILAH JUGA TIPU DAYA IBLIS.
INGAT. Orang yang menjadi daie kepada Allah atau pendakwah, ciri pertama yang mesti ada pada dirinya ialah dia akan berdakwah kepada SEMUA ORANG. Terutamanya keluarganya, adik beradiknya, rakan sebiliknya dan rakan sejenis. Perempuan sesama perempuan dan lelaki sama lelaki. Agar dakwah itu lebih berkesan dan lebih suci.
Malangnya, ramai yang cakap nak berdakwah dalam couple. Sedangkan orang paling dekat dengannya langsung tak pernah di dakwahnya. Dengan kekasih, cakap itu dan ini. Dakwah itu dan ini. Adik sendiri jadi hantu, dia tidak kisah. Ini semua orang2 yang TERSASAR dalam berdakwah. Astghafirullah.
JADILAH MODERATOR
Kepada remaja. Ingat! Jika selepas ini ada sesiapa yang ingin bertanya soal cinta. Maka kita bertindaklah sebagai moderator. Iaitu kita membawanya kepada orang yang lebih tahu. Sebagai contoh, kalau ada rakan berlainan jantina tanya pasal cinta...maka beritahu dia “Masuklah laman web ustaz cinta. Atau sila rujuk forum iluvislam atau berbicaralah dengan ustaz sekain-sekian.” Itu maknanya kita menjadi moderator. Kita hanya perlu melayan soalan apabila soalan itu datang dari golongan sejenis sahaja. Maka, itu lebih baik.
Tetapi, apabila kita sudah menjadi dewasa dan matang. Kita sudah ada kelulusan dan ilmu yang mantap. Ketika itu, barulah sampai masanya kita menjadi tempat rujukan persoalan. Bila masa itu akan tiba? Iaitu selepas kita mendirikan rumah tangga. Ketika itu, kita sudah perlu menjadi tempat rujukan untuk anak-anak kita pula.
Insya allah.
SEMOGA apa yang dikongsikan ini akan memberi kebaikan kepada semua, isnya allah.
2 comments:
artikel yg sgt menarik..trima ksh krn brkongsi..
terima kasih juga kerana sudi membaca.....
Post a Comment