Assalamualaikum

Sunday, June 12, 2011

Halwa telinga =)

KATA-KATA HIKMAH....

Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE

Untungnya org mukmin...semakin byk masalh semakin mustajab doanya...
Bukn perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan terselit ketenangan....=)



‎"Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Quran cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya"


hidup santai x perlu terburu2
ada masa kejar agama dan ilmu


Sahabatku.....
perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman.....
Mujahid x prnh keseorangan kerana diikat dgn rantai ukhwah.....
Istiqamah dalm perjuangan sebagai bukti keimanan.......
Semoga ikatan ukhwah ini terbina utk selamanya...(^_^)
Uhibbukum Fillah....


‎" Al-Ghazali: Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat. "

Imam al-Ghazali: kjahatan itu tumbuh dlm diri manusia umpama akar spohon kayu, yg smakin lama dibiarkn smakin kukuh ia mcengkam. Kalau hndak " mcabut" kjahatn dr seseorg, cabutlh pd usia mudanya krana bila sudah tua kejahatn itu sudah mcengkam dan sukar utk diungkai!!
* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu  perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.













1 comment:

miSs_caCtuS^^ said...

syukran.. benar2 meniupkan smgt dlm hatiku ni! uhibbuki fillah , mujahidah =]