Umatku kelak,apabila bangkit dr kubur akn menjadi 12 golongan namun,hanya 1 golongan yang akan melangkah ke dlm syurga, sementara 11 golongan lagi akan dihumban ke dalam neraka....
11 Golongan itu adalah.....
- Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Hal ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga mereka.
- Mereka yang menyerupai babi. Hal ini adalah balasan bagi mereka yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
- Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhu dengan ular dan kala. Ini adalah balasan bagi mereka yang yang enggan mengeluarkan zakat.
- Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Ini adalah balasan mereka yang berdusta.
- Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan bagi mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli secara menipu.
- Mereka yang dicincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat atau kejahatan tanpa membetulkannya.
- Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum taubat.
- Mereka yang keluar dalam keadaan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.Ini adalah balasan mereka yang tidak mahu menerima kebenaran.
- Mereka yang berwajah hitam,bermata biru dan perutnya penuh api.Ini adalah balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
- Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua-dua ibubapanya.
- Mereka yang buta matanya dan hatinya,giginya seperti tanduk,bibrnya berjuntai hingga ke perut. Dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan bagi mereka yang meminum minuman keras....
1 Golongan yang terselamat itu adalah....
Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat.
Ini adalah balasan bagi merka yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan taubat...
Nauzubillah...Ya Allah kurniakan aku perlindunganMu dan jauhilah aku dari segala perkara yang engkau murkai...Moga kita tergolong dalam golongan yang beramal solah...insyaAllah amin.....
No comments:
Post a Comment