Cinta sememangnya amat mahal kerana cinta tidak boleh dijual beli ,elainkan dia datang dengan sendiri.Namun manusia perlu tahu menghargai cinta,kerana hari ini cinta sering disalah erti.Betapa mahalnya cinta,pada saya hanya orang yang beriman kepada Allah SWT dan yakin dengan pertemuan denganNya pada hari kiamat sahaja yang mengetahui. Orang yang mengarti mahalnya cinta,maka dia tidak akan meletakkan cintanya pada taraf yang rendah.
Biasanya manusia hanya melihat cinta melalui pandangan mata dunianya.Maka sebab itulah sebahagian daripada kita boleh menjual cinta kita dengan begitu murah.Namun sesiapa yang boleh melihat cinta dari jendela akhirat,pastinya dia akan menjaga cintanya sehabis baik,kerana cinta juga ialah salah satu kunci kepada syurga.
Kita tanpa cinta Allah,apakh yang akan berlaku?Kita tanpa kasih Rasulullah,tidakkah nasib kita akna menadi kaku?Kita tanpa sayang dari ibu bapa,bukankah hidup akan menjadi beku?Hidup tanpa cinta suami isteri,bukankah akan porak peranda?Kehidupan tanpa cinta sahabat?bukankah akan sepi sentiasa?Hidup tanpa cinta masyarakat,adakah itu hidup namanya?
Ramai manusia yang tidak mengerti akan cinta,kerana cinta mereka berlandaskan hawa nafsu.Sedangkan cinta yang sebenar itu berlandaskan keimanan.Keimanan kepada Allah SWT.
Sebagaimana yang saya katakan,cinta kepada Allah itu memebuahkan cinta-cinta yang lain.Siapa yang mencintai Allah,maka dia akan mencintai Rasulullah SAW dengan sepenuh jiwa.Siapa yang mencintai Allah,maka dia akan mencintai kedua ibu bapanya dengan bersungguh-sungguh.Siapa yang mencintai Allah.maka dia akan mencintai sahabat sepenuh nyawanya.Siapa yang mencintai Allah ,maka dia akan mencintai anak-anaknya dengan sepenuh kasihnya.Jika kita mencintai Allah,maka pastinya kita akan mencintai sahabat-sahabat kita.
Matlamat cinta yang mahal ini pula bukan matlamat yang murah.Oleh sebab cinta dengan kehidupan itu tidak boleh dipisahkan,maka matlamat cinta juga ialah matlamat kehidupan.Ya,cinta itu juga satu ubadah,Destinasi cinta ialah Allah SWT.JUsteru jika kita mencintai seseorang,maka kita hendak sesiapa yang kita cintai itu,bersama-sama dengan kita melangkah ke dalam syurga.
Mahal.Cinta sebegini memang mahal.Indah.cinta sebegini terlalu indah.Bukan sebatas dunia,tetapi melangkau akhirat.Bukan setakat di bumi,malah bertaut hingga ke syurga nanti.Insya Allah.
Tidak mahal ke? Mahal dan indah.Indah dan ceria.Tenang lagi bahagia.Kenapa kita tidak mengejar cinta sebagini?
Sumber diambil dari buku hasil nukilan Hilal Asyraf.
No comments:
Post a Comment